Monday 31 October 2011

Lagu - Lagu Tiga Kupang (*_*)

Latihan Tatabahasa - Kata Kerja

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Amir ________kesakitan apabila doktor mencuci lukanya.
A merintih
B mengeluh
C mengenang
D mengerang

2 Badan Nabilah__________kerana ketakutan.
A menggeliat
B menggeletar
C menggelupur
D menggelepar

3 Pengemis itu ___________oleh pekerja restoran tersebut.
A dihalang
B dibuang
C dihalau
D ditindas

4 Mak Cik Hasnah sedang ___________bawang di dapur.
A menumbuk
B mengetuk
C memukul
D memalu

5 Ibu ____________kelapa untuk mendapatkan santannya.
A memicit
B melenyek
C memerah
D menindih

6 Anak ayam lari bertempiaran apabila seekor helang cuba ____________.
A merenggut
B menyambar
C merampas
D mengambil

7 Persatuan Seni Lukis Sekolah Kebangsaan Seri Langkap akan ______pameran
lukisan.
A melaksanakan
B menjalankan
C mengadakan
D melahirkan

8 Kampung Berlian dan Kampung Permata _________oleh sebatang sungai.
A terbelah
B terpisah
C terpecah
D terbahagi

9 Ular sawa itu __________dua ekor anak ayam.
A melulur
B meneguk
C mengunyah
D menghisap

10 Sebelum sesuatu aktiviti dijalankan kita perlulah _________nya terlebih dahulu.
A merancang
B menimbang
C melaksana
D melihat

SElaMat MeNcuba (*_*) 

Saturday 22 October 2011

Lagu - Jiran Saya

 <3Jiran Saya <3


Saya ada jiran
Sungguh baik hati
Melayu, Cina India
Hidup bersatu hati

Saya ada jiran
Tinggal satu taman
Hidup penuh sopan
Semua jadi teman

* Melodi Lagu ~ Burung Kakak Tua ~ *

Petikan Pemahaman 2 - Catatan

Arahan : Baca catatan harian di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang 
                   berikutnya.

9.15 pagi - Ketua pengawas masuk ke kelas kami. Ketika itu guru kelas tiada. Kami
sedang menyiapkan latihan Matematik. Dia memanggil namaku dan meminta aku segera ke
pejabat Guru Besar. Hatiku berdebar-debar. Apakah salahku? Adakah kerana aku datang
lewat atau menconteng dinding bilik air?

9.20 pagi - Aku memberi salam lalu Guru Besar menjemputku masuk ke biliknya. Guru
Besar meminta aku supaya bertenang. Ayah kamu terlibat dalam kemalangan, beritahu Guru
Besar. Aku terduduk. Aku menahan sebak di dada. Macam-macam pertanyaan bermain di
benakku. Cedera parahkah keadaan ayah? Sekarang ini banyak pula kemalangan maut
berlaku, fikirku lagi.

9.30 pagi - Cikgu Izan, guru hal ehwal murid membawaku ke hospital. Dalam perjalanan aku
membisu sahaja. Fikiranku bercelaru.

10.30 pagi - Kami sampai di wad. Ibu dan sanak-saudara yang rapat telah sampai. Aku
meluru ke arah ibu dan memeluknya. Ayahmu agak parah, beritahu ibu. Aku menangis tersedu sedu.

11.00 pagi : Jururawat membenarkan aku dan ibu masuk ke dalam wad. Ayah
terlantar di atas katil. Kaki dan kepala ayah berbalut. Kupegang tangan ayah. Kurenungi
wajah yang pucat lesi itu. Air mataku mengalir deras. Kulihat ibu mengesat air matanya.

12.00 tengah hari : Ayah membuka matanya. Syukurlah ayah telah sedar daripada
pengsan. Ibu memberitahu ayah bahawa kakinya patah dan kepalanya luka sedikit akibat
kemalangan itu. Ayah kelihatan tenang sahaja tetapi sekali sekala wajahnya berkerut kerana
menahan sakit.

2.00 petang : Aku pulang ke rumah bersama Pak Cik Usin, bapa saudaraku. Pak
Cik Usin memberitahuku bahawa motosikal ayah telah bergesel dengan kereta. Ayah terjatuh
dan kakinya tertampan tiang lampu.

1 Kenapakah perasaan penulis berdebar-debar apabila mengetahui Guru Besar
memanggilnya?
A Kerana dia bersalah menconteng dinding bilik air
B Kerana dia bersalah datang lewat ke sekolah
C Kerana tidak tahu sebab-sebab dia dipanggil
D Kerana dia bimbang telah melakukan kesalahan

2 Bagaimanakah perasaan penulis setelah mendapat berita tentang ayahnya?
A Dia berasa amat sedih
B Dia menangis hingga terduduk
C Dia cuba bertenang dan duduk
D Dia terkejut dan cuba menahan perasaan sedih

3 Maksud ‘ membisu ‘ dalam petikan di atas ialah
A menjadi bisu
B sunyi sepi
C mendiamkan diri
D menenangkan diri

4 Bagaimanakah keadaan ayah penulis akibat kemalangan itu?
A Dia tidak sedarkan diri hingga ke petang
B Kemalangan itu menyebabkan kakinya patah
C Kaki dan kepalanya berbalut
D Kakinya patah dan kepalanya luka

5 Semua ini telah menimpa penulis KECUALI
A dia sedang belajar ketika dipanggil oleh ketua pengawas
B kaki ayah penulis patah akibat tertampan dengan motosikal
C Cikgu Izan telah menghantar penulis ke hospital
D penulis bersedih atas kemalangan yang menimpa ayahnya

  

Lagu - Rumah Saya

Rumah Saya


Saya ada rumah
Di tepi desa sana
Rumah itu indah
Semua orang suka

Oh rumahku indah
Dibuat oleh ayah
Saya sangat suka
Rumahku sangat indah 

* Melodi lagu : Air Pasang Dalam * 

Petikan Pemahaman 1 - Berita

Petikan Pemahaman 1 - Berita

Soalan 1 hingga Soalan 5

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan berikutnya.

                                                KERACUNAN MAKANAN

     PANTAI REMIS, 22 FEBRUARI – Seramai 20 orang murid Sekolah Kebangsaan Kampung
Selamat telah mengalami keracunan makanan. Mereka telah dihantar ke Pusat Kesihatan Pantai Remis untuk mendapatkan rawatan oleh guru-guru sekolah berkenaan. Kejadian ini mula berlaku pada pukul 11.30 pagi selepas waktu rehat. Kejadian ini telah disedari oleh guru yang bertugas pada minggu tersebut iaitu Puan Hajah Saleha Binti Puteh.

     Kejadian ini kemungkinan besar berlaku akibat daripada nasi lemak yang dijual di kantin
sekolah. Kebanyakan murid yang memilih menu tersebut telah mengalami sakit perut dan
muntah-muntah. Seramai lapan orang murid mengalami sakit perut yang serius.
Pihak sekolah telah mengambil tindakan pantas dengan membawa murid-murid yang
keracunan makanan untuk mendapatkan rawatan. Pengusaha kantin pula dilarang meneruskan
aktiviti jualan makanan pada hari tersebut. Pejabat Pelajaran Daerah Manjung juga telah
dimaklumkan tentang kejadian ini.

     Sehingga pukul 4.00 petang, seramai dua belas orang murid telah dihantar ke Hospital
Seri Manjung untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Keadaan mereka pada ketika ini agak
stabil. Sementara itu murid-murid yang lain telah dibenarkan pulang. Pusat Kesihatan Pantai
Remis telah mengesahkan semua murid ini telah mengalami keracunan makanan.

     Wakil Pusat Kesihatan Pantai Remis telah datang melawat kantin sekolah berkenaan.
Kantin sekolah diarahkan tutup serta-merta. Pengusaha kantin itu telah diminta untuk
membersihkan kawasan kantin dan sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. 

Kantin sekolah hanya akan dibuka sekiranya pihak Pusat Kesihatan berpuas hati dengan tahap
kebersihan kantin tersebut.

LATIH TUBI PEMAHAMAN PETIKAN BERITA

1 Apakah yang menyebabkan keracunan makanan di sekolah tersebut?
A Kuih yang dijual
B Nasi lemak yang dijual
C Makanan yang dijual
D Minuman yang dijual

2 Apakah tanda-tanda awal yang menunjukkan murid-murid mengalami keracunan
makanan?
A Sakit perut
B Muntah-muntah
C Sakit perut yang serius
D Sakit perut dan muntah-muntah

3 Berapakah jumlah bilangan murid yang serius ketika mengalami keracunan
makanan?
A 8
B 10
C 12
D 20

4 Siapakah yang mengarahkah pengusaha kantin menutup perniagaan mereka?
A Pejabat Pelajaran Daerah Manjung
B Pusat Kesihatan Pantai Remis
C Guru yang bertugas
D Guru besar

5 Semua penyataan di bawah benar tentang petikan kecuali ________________
A Pusat Kesihatan Pantai Remis mengambil mangsa di sekolah untuk dirawat.
B Pejabat Pelajaran Daerah Manjung tidak dimaklumkan oleh pihak sekolah.
C Pengusaha kantin diarahkan menutup perniagaan mereka.
D Guru Besar telah menyedari kejadian keracunan makanan.

Selamat Mencuba !

Lompat Si Katak Lompat



~ Selamat Berhibur ~

Latihan Tatabahasa - Kata Ganti Nama Diri

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


1 “Ibu, duit _______ hilang,“ kata Umair kepada ibunya.
A kita
B kami
C saya
D mereka

2 Darus dan Intan bersahabat karib. _______ tinggal sekampung.
A Dia
B Kita
C Kami
D Mereka

3 “Jika _______ ada masalah sila jumpa saya,” kata Cikgu Sarah kepada saya.
A mereka
B kamu
C kami
D dia

4 Salmi murid tahun enam. _______ berazam untuk mencapai 5A dalam UPSR.
A Dia
B Kami
C Awak
D Saya

5 Bangunan baru itu telah dirasmikan oleh _______.
A dia
B kami
C kamu
D beliau

6 Sebagai murid, _______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh,” kata cikgu.
A dia
B kita
C kamu
D mereka

7 Mari kita ikut _______ ke perpustakaan,” kata Siti kepada Nurul.
A mereka
B awak
C saya
D kami

8 “Boleh _______ tumpang bertanya?” kata Suri dan Muna kepada pemuda itu.
A kamu
B awak
C kami
D saya

9 “Ampun _______ tuanku,” sembah Hang Tuah kepada raja.
A beta
B patik
C hamba
D baginda

10 “Jika ________ ada masa lapang, jemputlah ke rumah saya,” kata Ani kepada
kawan-kawannya.
A dia
B awak
C beliau
D kalian

11 “Ibu, duit Adik Farah hilang semasa ________ bermain seorang diri di taman
permainan,” kata Umi kepada ibunya.
A beliau
B kami
C kita
D dia

12 “Ali, suruh _______ datang ke sekolah petang ini untuk latihan sukan,” kata
Cikgu Maimun kepada saya.
A kami
B kamu
C beliau
D mereka

13 Encik Wan Omar bakal pemimpin di kampung kita. Oleh itu, kita perlu
memberikan sokongan sepenuhnya kepada _______
A ia
B dia
C beliau
D mereka

14 “ Sebagai tentera, _______ berikrar akan memperjuangkan tanah air sehingga
titisan darah yang terakhir,” kata askar-askar itu kepada pegawai mereka.
A kita
B kami
C beliau
D mereka

15 Kalau engkau tidak ada kerja marilah ikut _______ ke perpustakaan,” kata Siti
dan Yusni kepada Nurul.
A mereka
B engkau
C kalian
D kami

 Usaha Hingga Jaya! :-))

Monday 17 October 2011

Latihan Tatabahasa - Penjodoh Bilangan


Pilih jawapan yang betul bagi soalan di bawah ini.

1 Untuk memagari kebunnya, Pak Cik Rashid telah membeli beratus-ratus
__________ kawat berduri.
A utas
B gulung
C gelung
D bidang

2 __________ bunga kenanga terselit pada sanggul Sofia
A Sejambak
B Sekuntum
C Sejambangan
D Sebatang

3 Sapu tangan itu dijahit dengan se __________ benang.
A utas
B untai
C gulung
D lembar

4 “Masukkan se __________ garam ke dalam lauk itu,” kata Mak Cik Salmah
kepada Jamilah.
A cuit
B cubit
C colet
D genggam

5 __________ awan mendung berarak ditiup angin ke arah utara.
A Segugus
B Sekelompok
C Sehamparan
D Sekumpulan

6 Beberapa __________ pulau yang indah terdapat di Phuket, Thailand.
A kelompok
B tompok
C buah
D biji

7 Se __________ kata pun tidak tertulis walaupun sudah dua jam dia menghadap
meja tulisnya.
A patah
B potong
C cebis
D untai

8 Ayah membeli dua __________ durian di pasar.
A biji
B ulas
C buah
D buku

9 Kakak menggunakan se __________ kain sebagai pembalut luka pada jarinya.
A cebis
B bentuk
C lembar
D cucuk

10 Polis melepaskan lima __________ tembakan ke arah perompak itu.
A butir
B das
C biji
D pucuk



11 Buku itu berharga dua belas ringgit se __________ .
A papan
B keping
C naskhah
D rangkap

12 Beliau memulakan ucapannya dengan se __________ pantun.
A baris
B patah
C rangkap
D buah

13 Ayah membeli dua __________ petai di gerai itu.
A gelung
B papan
C mata
D biji

14 Beberapa __________ rokok bertaburan di lantai.
A puntung
B berkas
C kotak
D pucuk

15 Mazirah membeli sebatang tebu dan memotongnya agar setiap adiknya
mendapat __________ .
A sebiji
B seruas
C sehiris
D seketul

KEJAYAAN HAK MILIK SETIAP INSAN YANG GIGIH  BERUSAHA !!

Latihan Tatabahasa - Kata Sendi


Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan jawapan yang paling tepat.

1 Gerakan mencari mangsa bot karam itu akan diteruskan __________ pagi esok.
A dari
B sejak
C hingga
D daripada

2 Abang Zaki mengambil gambar kami __________ menggunakan kamera Nikon.
A di
B pada
C dengan
D kepada

3 Angin Monsun Timur Laut dijangka akan bertiup kencang __________ bahagian
utara.
A ke
B di
C pada
D hingga

4 Kelawar keluar mencari makanan __________ waktu malam.
A di
B pada
C hingga
D daripada

5 Tudung saji itu digantung __________ dinding bersebelahan dengan bilik emak.
A di
B pada
C dalam
D dengan

6 Nadia memasukkan sampah __________ dalam tong sampah.
A di
B ke
C pada
D dengan

7 Aimee berjalan kaki ke sekolah __________ adiknya, Aina pada setiap pagi.
A bagi
B demi
C antara
D dengan

8 Kak Kiah membuat sebiji kek coklat __________ hari jadi anaknya.
A bagi
B demi
C untuk
D kepada

9 Para remaja dinasihati supaya tidak terpengaruh ____________ budaya barat
yang tidak bermoral.
A dengan
B terhadap
C kepada
D Pada

10 Encik Amir menjolok buah rambutan yang tinggi itu __________ galah.
A untuk
B pada
C dengan
D kepada

11 Seminar Bahasa Melayu itu telah dihadiri oleh para peserta ___________ Sabah
dan Sarawak.
A daripada
B hingga
C sampai
D dari

12 Sepasang baju kurung biru itu dibelinya _____________ ibu di kampung.
A akan
B untuk
C kepada
D daripada


Tuesday 11 October 2011

Latihan Tatabahasa - Kata Seru


Isi Tempat kosong di bawah ini dengan jawapan yang paling sesuai.

1. ________, pedihnya hatiku setelah ditinggalkan kekasih!
A Aduh
B Wah
C Cis
D Eh

2. ________, pedihnya perutku kerana tidak bersarapan tadi!
A Cis
B Nah
C Aduh
D Wahai

3. ________ pemuda pemudi, hendaklah kamu menjauhi najis dadah!
A Amboi
B Wahai
C Wah
D Cis

4.________, lihatlah gambar ini sebagai bahan bukti yang ada pada masa ini!
A Syabas
B Aduh
C Nah
D Eh

5. _______, pelik betul pakaian kamu lain daripada orang lain!    
A Eh
B Syabas
C Amboi
D Aduhai

6. _______, atas kejayaan merebut Piala Malaysia buat kali ketiga berturut-turut!  
A Aduh
B Wahai
C Syabas
D Aduhai

7. _______, bila agaknya tarikh pengumuman keputusan peperiksaan UPSR pada tahun ini!
A Aduhai
B Wahai
C Wah
D Eh


8. _______, cuba kamu perhatikan wanita yang berbaju merah di hujung sana!
A Hai
B Wah
C Wahai
D Syabas

9 ______, aku tidak bersetuju menjual tanah pusaka itu untuk kegunaan masing-masing!
A Ah
B Hai
C Syabas
D Aduhai


10 _______, cantik sungguh model kereta Proton Persona keluaran terbaru Syarikat Proton!
A Oh
B Wah
C Aduh
D Wahai



Kejayaan Akan menjadi Hak Milik Insan Yang rajin Berusaha ! *_*
 

Latihan Tatabahasa - Kata Ganti Nama Diri

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


1 “Ibu, duit _______ hilang,“ kata Umair kepada ibunya.
A kita
B kami
C saya
D mereka

2 Darus dan Intan bersahabat karib. _______ tinggal sekampung.
A Dia
B Kita
C Kami
D Mereka

3 “Jika _______ ada masalah sila jumpa saya,” kata Cikgu Sarah kepada saya.
A mereka
B kamu
C kami
D dia

4 Salmi murid tahun enam. _______ berazam untuk mencapai 5A dalam UPSR.
A Dia
B Kami
C Awak
D Saya

5 Bangunan baru itu telah dirasmikan oleh _______.
A dia
B kami
C kamu
D beliau

6 Sebagai murid, _______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh,” kata cikgu.
A dia
B kita
C kamu
D mereka

7 Mari kita ikut _______ ke perpustakaan,” kata Siti kepada Nurul.
A mereka
B awak
C saya
D kami

8 “Boleh _______ tumpang bertanya?” kata Suri dan Muna kepada pemuda itu.
A kamu
B awak
C kami
D saya

9 “Ampun _______ tuanku,” sembah Hang Tuah kepada raja.
A beta
B patik
C hamba
D baginda

10 “Jika ________ ada masa lapang, jemputlah ke rumah saya,” kata Ani kepada
kawan-kawannya.
A dia
B awak
C beliau
D kalian

11 “Ibu, duit Adik Farah hilang semasa ________ bermain seorang diri di taman
permainan,” kata Umi kepada ibunya.
A beliau
B kami
C kita
D dia

12 “Ali, suruh _______ datang ke sekolah petang ini untuk latihan sukan,” kata
Cikgu Maimun kepada saya.
A kami
B kamu
C beliau
D mereka

13 Encik Wan Omar bakal pemimpin di kampung kita. Oleh itu, kita perlu
memberikan sokongan sepenuhnya kepada _______
A ia
B dia
C beliau
D mereka

14 “ Sebagai tentera, _______ berikrar akan memperjuangkan tanah air sehingga
titisan darah yang terakhir,” kata askar-askar itu kepada pegawai mereka.
A kita
B kami
C beliau
D mereka

15 Kalau engkau tidak ada kerja marilah ikut _______ ke perpustakaan,” kata Siti
dan Yusni kepada Nurul.
A mereka
B engkau
C kalian
D kami

 Usaha Hingga Jaya! :-))