Tuesday 22 November 2011

Latihan Tatabahasa - Kata Ganda

Isi tempat kosong dengan kata ganda yang sesuai.


1 Petani memasang __________ di tengah sawah untuk menakutkan burung.
A kisi-kisi
B orang-orang
C tupai-tupai
D layang-layang


2 Pawagam menjadi ___________ setelah lampu dipasang menandakan filem telah
selesai ditayangkan.
A riuh-rendah
B gelap-gelita
C porak-peranda
D terang-benderang



3 Baju Jaswan Singh ___________ kerana terkena warna air ketika menyertai aktiviti
mewarna.
A comot-momot
B koyak-rabak
C serba-serbih
D compang-camping



4 Ideanya telah ditolak _________ oleh majikannya.
A hidup-hidup
B bulat-bulat
C betul-betul
D terang-benderang




5 Pak Chee suka makan sup ____________ ikan.
A bebola
B jejari
C dedaun
D kekabu


6 Mereka ketawa ___________ apabila menonton filem komedi lakonan
Tan Sri P. Ramlee.
A teresak-esak
B terkebil-kebil
C terbahak-bahak
D tergelak-gelak


7 Kemalangan sering berlaku di jalan yang __________ itu.
A berkelip-kelip
B berpinar-pinar
C berderet-deret
D berliku-liku


8 Bantal yang berisi __________ amat lembut sekali.
A dedaun
B kekabu
C bebola
D bebiri


9 Ayah menyapu __________ kering yang gugur dari pohon manggis itu.
A dedaun
B kekabu
C bebola
D bebiri


10 Keadaan menjadi _________ apabila sebuah pesawat merempuh bangunan pencakar
langit itu.
A haru-biru
B keluh-kesah
C kusut-masai
D tunggang-langgang


USAHA TANGGA KEJAYAAN !!

Wednesday 2 November 2011

Latihan Tatabahasa - Peribahasa

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. 

1 Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah
kerana dia _______________.
A buta hati
B buta huruf
C buta kayu
D buta gaji

 
2 Tan Lean Keong tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap
___________________ .
A anak buah
B anak emas
C anak tunggal
D anak bongsu

 
3 Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual
kerana adik ___________________.
A otak cair
B otak udang
C mulut murai
D mulut tempayan

 
4 Kunding mengambil sekeping roti berkrim sebagai _______________ sebelum
pergi ke sekolah.
A alas perut
B ikat perut
C perut busuk
D perut kosong

 

5 Kesemua _______________ Tuan Haji Azhar dan Puan Hajah Azilah sudah
mendirikan rumah tangga.
A anak tut
B anak tiri
C anak bini
D anak beranak

6 Azizi dan anak-anaknya ______________ kerana sebaik sahaja mereka sampai
jamuan mula dihidang.
A langkah kanan
B langkah bendul
C langkah seribu
D langkah kiri


7 Puan Basrah masih ________________ meneruskan perniagaan suaminya
walaupun tidak mendapat sokongan daripada anak-anaknya.
A geli hati
B makan hati
C cekal hati
D isi hati


8 Semua barang itu dijual dengan __________________ dalam Pameran Jom
Heboh.
A harga diri
B harga mati
C tanda mata
D tanda harga


9 Yoke Lan ________________ sehingga dia tidak menyedari bilik tidurnya telah
dicerobohi pencuri.
A pekak badak
B lepas tangan
C makan hati
D tidur mati


10 Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah jiran dicaci oleh para
penonton kerana _______________ semasa mengadili perlawanan tersebut.
A banyak mulut
B berat sebelah
C angkat kaki
D lepas tangan


SELAMAT MAJU JAYA!!

Tuesday 1 November 2011

Petikan Pemahaman 3 - Syarahan

Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang berikut.


     Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Encik Abdul Hamid bin
Kamaruddin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Intan, barisan hakim yang adil,
guru-guru dan rakan pelajar yang dihormati.

     Pada hari yang mulia ini, izinkan saya menyampaikan satu syarahan yang bertajuk 
“Ke Arah Mewujudkan Masyarakat Penyayang”.

Hadirin yang dihormati,
     Salah satu matlamat wawasan negara yang ingin dicapai oleh pemimpin kita ialah 
melahirkan masyarakat penyayang. Kelahiran dan kewujudan masyarakat penyayang 
dapat membentuk dan membina negara maju dalam semua bidang, iaitu ekonomi, politik 
dan sosial.
     Langkah pertama untuk mewujudkan masyarakat penyayang ialah mewujudkan 
perasaan muhibah antara kaum dan menghapuskan sifat perkauman. Penubuhan Rukun 
Tetangga merupakan satu cara perasaan muhibah dapat disuburkan dalam diri 
masyarakat Malaysia yang memaparkan kebudayaan dan adat resam semua kaum.

     Sambutan Hari Keluarga yang sering dianjurkan oleh kerajaan atau badan -badan
swasta merupakan satu langkah ke arah mewujudkan masyarakat penyayang. 
Sambutan yang diadakan ini dapat mengeratkan siratulrahim dan kemesraan dalam 
sesebuah institusi keluarga.

     Selain itu, sekolah juga dapat memainkan peranan ke arah mewujudkan masyarakat 
penyayang. Aktiviti yang dijalankan adalah melalui aktiviti kokurikulum seperti persatuan, 
pakaian beruniform dan permainan. Melalui aktiviti inilah semangat perpaduan, semangat 
muhibah dan bersatu padu antara pelajar berbilang kaum dapat disemaikan.

     Tegasnya, masyarakat penyayang penting demi perpaduan dan keharmonian dalam 
kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

Sekian, terima kasih.


Jawab Soalan Berpandukan petikan.

1. Apakah salah satu daripada matlamat Wawasan 2020?
A Masyarakat penyayang
B Masyarakat penyabar
C Masyarakat harmoni
D Masyarakat prihatin

2. Mengapakah masyarakat penyayang perlu diwujudkan?
A Dapat kejayaan yang cemerlang
B Dapat hidup dalam suasana harmoni
C Dapat membina negara yang aman dan damai
D Dapat membentuk dan membina negara yang maju dalam
semua bidang

3. Apakah langkah-langkah mewujudkan masyarakat penyayang?
A Menimbulkan semangat perkauman
B Dengan semangat muhibah yang jitu
C Tanamkan semangat muhibah dan hapuskan sikap perkauman
D Kehidupan yang mesra seluruh masyarakat di tempat tinggal

4. Berdasarkan petikan, semua yang berikut adalah benar kecuali...
A kelahiran dan kewujudkan masyarakat penyayang adalah penting
B kewujudan masyarakat penyayang menimbulkan banyak masalah
C aktiviti kokurikulum dapat mewujudkan masyarakat penyayang
D Hari Keluarga dianjurkan oleh kerajaan atau badan swasta

5. Perkataan perpaduan sesuai digantikan dengan maksud
A bersatu padu
B hubungan baik
C bersama-sama
D turut serta