Tuesday 1 November 2011

Petikan Pemahaman 3 - Syarahan

Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang berikut.


     Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Encik Abdul Hamid bin
Kamaruddin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Intan, barisan hakim yang adil,
guru-guru dan rakan pelajar yang dihormati.

     Pada hari yang mulia ini, izinkan saya menyampaikan satu syarahan yang bertajuk 
“Ke Arah Mewujudkan Masyarakat Penyayang”.

Hadirin yang dihormati,
     Salah satu matlamat wawasan negara yang ingin dicapai oleh pemimpin kita ialah 
melahirkan masyarakat penyayang. Kelahiran dan kewujudan masyarakat penyayang 
dapat membentuk dan membina negara maju dalam semua bidang, iaitu ekonomi, politik 
dan sosial.
     Langkah pertama untuk mewujudkan masyarakat penyayang ialah mewujudkan 
perasaan muhibah antara kaum dan menghapuskan sifat perkauman. Penubuhan Rukun 
Tetangga merupakan satu cara perasaan muhibah dapat disuburkan dalam diri 
masyarakat Malaysia yang memaparkan kebudayaan dan adat resam semua kaum.

     Sambutan Hari Keluarga yang sering dianjurkan oleh kerajaan atau badan -badan
swasta merupakan satu langkah ke arah mewujudkan masyarakat penyayang. 
Sambutan yang diadakan ini dapat mengeratkan siratulrahim dan kemesraan dalam 
sesebuah institusi keluarga.

     Selain itu, sekolah juga dapat memainkan peranan ke arah mewujudkan masyarakat 
penyayang. Aktiviti yang dijalankan adalah melalui aktiviti kokurikulum seperti persatuan, 
pakaian beruniform dan permainan. Melalui aktiviti inilah semangat perpaduan, semangat 
muhibah dan bersatu padu antara pelajar berbilang kaum dapat disemaikan.

     Tegasnya, masyarakat penyayang penting demi perpaduan dan keharmonian dalam 
kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

Sekian, terima kasih.


Jawab Soalan Berpandukan petikan.

1. Apakah salah satu daripada matlamat Wawasan 2020?
A Masyarakat penyayang
B Masyarakat penyabar
C Masyarakat harmoni
D Masyarakat prihatin

2. Mengapakah masyarakat penyayang perlu diwujudkan?
A Dapat kejayaan yang cemerlang
B Dapat hidup dalam suasana harmoni
C Dapat membina negara yang aman dan damai
D Dapat membentuk dan membina negara yang maju dalam
semua bidang

3. Apakah langkah-langkah mewujudkan masyarakat penyayang?
A Menimbulkan semangat perkauman
B Dengan semangat muhibah yang jitu
C Tanamkan semangat muhibah dan hapuskan sikap perkauman
D Kehidupan yang mesra seluruh masyarakat di tempat tinggal

4. Berdasarkan petikan, semua yang berikut adalah benar kecuali...
A kelahiran dan kewujudkan masyarakat penyayang adalah penting
B kewujudan masyarakat penyayang menimbulkan banyak masalah
C aktiviti kokurikulum dapat mewujudkan masyarakat penyayang
D Hari Keluarga dianjurkan oleh kerajaan atau badan swasta

5. Perkataan perpaduan sesuai digantikan dengan maksud
A bersatu padu
B hubungan baik
C bersama-sama
D turut serta

No comments:

Post a Comment