Friday 9 December 2011

Petikan 4 - Syarahan

Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang berikut.

           Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Tuan Guru Besar,
barisan panel hakim yang arif dan bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang
dikasihi.

           Pada pagi yang mulia ini, saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk
“Kebaikan Menyertai Aktiviti Kokurikulum di Sekolah”.

          Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

          Kegiatan kokurikulum merupakan satu kegiatan yang wajib disertai setiap
murid di sekolah. Aktiviti kokurikulum meliputi unit-unit beruniform, persatuan,
kelab dan sukan. Penyertaan murid-murid dalam kegiatan kokurikulum banyak
memberi faedah dan kebaikan.

        Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat menambahkan pengalaman dan ilmu
pengetahuan. Segala aktiviti ini berhubung kait dengan pembelajaran di dalam
bilik darjah. Oleh itu, penyertaan setiap murid adalah penting untuk memberikan
pendedahan dan pemahaman yang mendalam berkaitan dengan pelajaran yang
dipelajari. 

        Selain itu, kokurikulum dapat melatih diri kita bekerjasama, tolongmenolong,
bertolak ansur, berdikari serta hormat-menghormati antara satu sama
lain. Semua nilai murni ini haruslah dihayati dan diamalkan dalam menjalani
kehidupan.

        Hadirin yang dihormati,

       Melalui kegiatan kokurikulum kita berpeluang menyumbangkan tenaga dan
bakti kepada masyarakat setempat. Sebagai contoh, kegiatan gotong-royong
yang dijalankan oleh Persatuan Puteri Islam menggalakkan ahli-ahli Puteri Islam
supaya bersatu padu dan bekerjasama di samping menjalin hubungan yang erat
dengan masyarakat sekeliling. Dengan ini, lahirlah generasi yang berbudi bahasa
dan bersopan santun.

       Selain itu, aktiviti sukan dan permainan yang kita sertai semasa kegiatan
kokurikulum dapat membina kecerdasan fizikal dan mental kita.
Sebagai mengakhiri syarahan saya pada pagi ini, saya ingin menegaskan
bahawa kegiatan kokurikulum banyak memberi faedah dan kebaikan kepada kita
khususnya para pelajar.

      Sekian, Terima Kasih.



 Jawab soalan-soalan di bawah ini berpandukan petikan di atas

1. Siapakah yang wajib menyertai aktiviti kokurikulum?
A Ibu bapa
B Murid-murid sekolah
C Guru-guru dan kakitangan
D Ahli jawatankuasa sekolah


2. Yang manakah bukan faedah mengikuti aktiviti kokurikulum?
A Dapat memenuhi masa lapang.
B Dapat mengurangkan masa senggang.
C Boleh bergaul dengan rakan di sekolah.
D Tidak menambahkan pengalaman dan ilmu pengetahuan.


3. Nyatakan sikap-sikap baik yang boleh dipupuk melalui aktiviti kokurikulum.
A Berjimat-cermat dan hormat-menghormati.
B Bekerjasama, tolong-menolong, bertolak-ansur dan berdikari.
C Pandai berbohong, mencuri dan membuang masa.
D Menggunakan masa dengan baik.


4. Apakah kesan daripada penglibatan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum
kepada institusi kemasyarakatan?
A Mewujudkan perpaduan kaum
B Menggalakkan semangat kesukanan
C Menyemaikan semangat kekitaan
D Melahirkan generasi berbudi


5. Maksud perkataan cerdas dalam petikan di atas ialah ...
A besar
B lemah
C pintar
D bersih


No comments:

Post a Comment