Saturday 22 October 2011

Petikan Pemahaman 1 - Berita

Petikan Pemahaman 1 - Berita

Soalan 1 hingga Soalan 5

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan berikutnya.

                                                KERACUNAN MAKANAN

     PANTAI REMIS, 22 FEBRUARI – Seramai 20 orang murid Sekolah Kebangsaan Kampung
Selamat telah mengalami keracunan makanan. Mereka telah dihantar ke Pusat Kesihatan Pantai Remis untuk mendapatkan rawatan oleh guru-guru sekolah berkenaan. Kejadian ini mula berlaku pada pukul 11.30 pagi selepas waktu rehat. Kejadian ini telah disedari oleh guru yang bertugas pada minggu tersebut iaitu Puan Hajah Saleha Binti Puteh.

     Kejadian ini kemungkinan besar berlaku akibat daripada nasi lemak yang dijual di kantin
sekolah. Kebanyakan murid yang memilih menu tersebut telah mengalami sakit perut dan
muntah-muntah. Seramai lapan orang murid mengalami sakit perut yang serius.
Pihak sekolah telah mengambil tindakan pantas dengan membawa murid-murid yang
keracunan makanan untuk mendapatkan rawatan. Pengusaha kantin pula dilarang meneruskan
aktiviti jualan makanan pada hari tersebut. Pejabat Pelajaran Daerah Manjung juga telah
dimaklumkan tentang kejadian ini.

     Sehingga pukul 4.00 petang, seramai dua belas orang murid telah dihantar ke Hospital
Seri Manjung untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Keadaan mereka pada ketika ini agak
stabil. Sementara itu murid-murid yang lain telah dibenarkan pulang. Pusat Kesihatan Pantai
Remis telah mengesahkan semua murid ini telah mengalami keracunan makanan.

     Wakil Pusat Kesihatan Pantai Remis telah datang melawat kantin sekolah berkenaan.
Kantin sekolah diarahkan tutup serta-merta. Pengusaha kantin itu telah diminta untuk
membersihkan kawasan kantin dan sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. 

Kantin sekolah hanya akan dibuka sekiranya pihak Pusat Kesihatan berpuas hati dengan tahap
kebersihan kantin tersebut.

LATIH TUBI PEMAHAMAN PETIKAN BERITA

1 Apakah yang menyebabkan keracunan makanan di sekolah tersebut?
A Kuih yang dijual
B Nasi lemak yang dijual
C Makanan yang dijual
D Minuman yang dijual

2 Apakah tanda-tanda awal yang menunjukkan murid-murid mengalami keracunan
makanan?
A Sakit perut
B Muntah-muntah
C Sakit perut yang serius
D Sakit perut dan muntah-muntah

3 Berapakah jumlah bilangan murid yang serius ketika mengalami keracunan
makanan?
A 8
B 10
C 12
D 20

4 Siapakah yang mengarahkah pengusaha kantin menutup perniagaan mereka?
A Pejabat Pelajaran Daerah Manjung
B Pusat Kesihatan Pantai Remis
C Guru yang bertugas
D Guru besar

5 Semua penyataan di bawah benar tentang petikan kecuali ________________
A Pusat Kesihatan Pantai Remis mengambil mangsa di sekolah untuk dirawat.
B Pejabat Pelajaran Daerah Manjung tidak dimaklumkan oleh pihak sekolah.
C Pengusaha kantin diarahkan menutup perniagaan mereka.
D Guru Besar telah menyedari kejadian keracunan makanan.

Selamat Mencuba !

No comments:

Post a Comment